PENGUMUMAN : Perintah Kawalan Pergerakan – Covid-19

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Berkaitan penularan wabak COVID-19, mohon beberapa perkara tersebut diberi perhatian serius oleh seluruh warga SMK Syed Hassan, ibu bapa / waris dan penjaga terhadap anak-anak di bawah jagaan masing-masing:-

1. Tidak melibatkan diri dengan program yang menghimpunkan orang ramai yang berkemungkinan terdedah dengan risiko wabak.

2. Mengelakkan diri daripada berada di tempat awam/tempat tumpuan ramai.

3. Sentiasa mementingkan aspek kebersihan, kerap mencuci tangan menggunakan ‘hand sanitizer’ atau sabun dan segera membersihkan pakaian apabila pulang dari tempat awam dan lain-lain.

4. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mempunyai gejala seperti demam / batuk / selsema / sesak nafas.

5. Membuat saringan / pemeriksaan kesihatan dgn segera yg mana ahli keluarga mereka di kuarantin / disyaki berhubung rapat dgn pesakit COVID 19.

6. Peka dengan status kesihatan anak / ahli keluarga dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah sehinggalah sembuh sepenuhnya.

Pihak sekolah cakna dan sangat serius menangani penularan wabak ini selaras dengan arahan dan SOP yg dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Pengetua
SMK Syed Hassan (SSN Perlis)

SEKOLAH DITUTUP MULAI
18 MAC – 14 APRIL 2020

Lihat :-
1. SOALAN LAZIM : Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order
2. SOALAN LAZIM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)