5KM International Fun Walk for World Peace 2.0 (Perlis)

5KM International Fun Walk for World Peace 2.0 (Perlis) dengan kerjasama antara SMK Syed Hassan (SSN) dan International Association of Educators for World Peace (IAEWP) Perlis telah berlangsung pada 22 Februari 2020 (Sabtu) bermula jam 7:30 pagi. Semua peserta dilepaskan jam 8:00 pagi oleh Tuan Haji Izmi Bin Haji Ismail, Pengarah Pendidikan Perlis. 

Turut berlangsung adalah pelancaran Pendidikan Sivik “Pembudayaan Sivik Kesejahteraan Negara” oleh Puan Siti Hatifah Binti Yahya, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran)  dengan memukul bola woodball sempena Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-9 Perlis (WCWC Perlis 2020). Turut hadir bersama adalah Encik Ishak Bin Din, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid), dan wakil-wakil peserta dari negara Thailand, Indonesia dan Laos.