Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa Bagi Peserta Yang Menyertai Program International 5KM Fun Walk & Run For World Peace 2.0

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengiktiraf Program International 5km Fun Walk & Run For World Peace 2.0 sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2020 yang telah diadakan pada 22 Februari 2020 bertempat di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis.

Sehubungan dengan itu, setelah meneliti laporan tersebut iaitu dengan penglibatan peserta yang mengambil bahagian dalam Program International 5km Fun Walk & Run For World Peace 2.0 Sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2020 yang telah diadakan di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis.

Bahagian ini memutuskan kejohanan berkenaan diiktiraf sebagai program Peringkat Antarabangsa.

Zainal Bin Abas
Pengarah
Bahagian Sukan dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia