Khamis, 25 Jun 2020 – Timbalan Menteri Pendidikan II, YB Cikgu Muslimin Bin Yahaya sempat melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan semasa lawatan kerjanya ke negeri Perlis.
Beliau turut membuat sidang media berkenaan dengan usaha meneruskan pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu dan beliau juga turut menyatakan bahawa pentadbir sekolah boleh menambah baik SOP pembukaan semula sekolah bergantung persekitaran dan keperluan sekolah dari semasa ke semasa.
