Panduan Am Guru & Staf AKP

1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

1.1 Guru dan staf AKP hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Nilai Teras Sekolah Menengah.
1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan Objektif sekolah.
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
1.5 Dalam menjalankan tugas meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan peribadi.
1.6 Semua guru adalah Guru Disiplin.
1.7 Semua guru adalah Guru Kaunseling.

2. KEDATANGAN

2.1 Jadual waktu persekolahan atau waktu bekerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.
2.3 Guru /staf AKP hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
2.5 Waktu bekerja semua staf AKP mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

3. KELUAR WAKTU BERTUGAS

3.1 Pada waktu persekolahan atau kerja guru dan staf AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeridengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan
Pengetua/Penolong Kanan.
3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
3.4 Staf AKP dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripadaPengetua atau wakilnya dan mengisi Buku Kebenaran Keluar serta dapatkantandatangan sebagai tanda kebenaran.
3.5 Guru dan staf AKP hendaklah mencatatkan waktu keluar dan masuk semula.

4. MELAKUKAN KERJA LUAR

4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut:
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
4.1.2 Dibenarkan dengan syarat:
4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.
4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(1) dan subseksyen 132(g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 (ringgit Malaysia: Lima puluh ribu ) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

5. CUTI

5.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut surat pekeliling Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender ; dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk guru sandaran terlatih dan guru kontrak.
5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C).
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
5.4 Cuti Keluar Negara
5.4.1 Semua guru yang bercuti keluar Negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin
5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.
5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

6. PAKAIAN

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat timur.
6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian uniform pada setiap hari Rabu, pakaian batik pada setiap hari khamis dan Baju Melayu pada setiap hari Jumaat.
6.6 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
6.6.1 Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
6.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

7. TANDA NAMA

Semua guru dan staf AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

8. BILIK GURU

8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukan ‘free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman guru lain
8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu dipadamkan dan semua pintu dikunci.

9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehberurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.
9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehberurusan dengan Ketua panitia, GKMP, Guru Penolong Kanan.

10. TUGAS

10.1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEMdanjuga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan dan di sekolah hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lainmelaksanakan tanpa pengetahuan Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran.

10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ‘In-House Training’ kepada guru dan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/Pengetua tarikh, nama dan masa pelaksanaannya.
10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang atau Ketua Panitia.

11. BUKU REKOD MENGAJAR

11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Buku Rekod Mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Bukuini hendaklah diserahkan kepadaPengetua mengikut jadual untuk disemak danditandatangani.
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti.
11.3 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.

12. JADUAL WAKTU MENGAJAR

12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
12.2 Guru Tingkatan (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjagakeselamatanharta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolahsama ada dengan sengaja atau tidak hendaklahdimaklumkankepadaPenolong Kanan HEM.
13.2 Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-biliktertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan serta ditampal.

14. KEBERSIHAN

14.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadualgiliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh gurutingkatan untuk tingkatanmasing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan denganbaik.
14.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yangmempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling,makmal sains, makmal bahasa dan lain-lain) bertanggungjawabmenjagakebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
14.3 Semua guru, staf AKP dan pelajar sama-sama bertanggungjawabterhadap kebersihan kawasan sekolah.

15. SURAT MENYURAT

15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolahhendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikankepadapihak-pihak berkenaan.
15.2 Surat-surat keluar yang ditulis oleh guru kepada Kementerian,Jabatan dan sekolah lain hendaklah melalui pengetua.

16. SURAT YANG DITERIMA

16.1 Surat yang diterima oleh sekolah mesti diedar kepada guru untuktindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segeraterhadap surat tersebut.
16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada pengetua, surat itu boleh disimpansendirisetelah diambil tindakan.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
16.3.1 Memastikan samada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail pejabat.
16.3.2 Jika tindakan yag perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaipdan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan suratlitup/iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.

17. URUSAN DENGAN JPN

Guru dan staf AKP tidak digalakkan terus pergi Jabatan Pendidikan Negeri untuk urusan peribadi atau perkhidmatan kecuali diarah berbuat demikian/dengan arahan Pengetua.

18. PELAWAT / JURUJUAL

Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya.

19. PEMBELIAN BARANG

19.1 Setiap pembelian barang dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan nota minta.
19.2 Nota Minta tersebut hendaklah diluluskan oleh Pengetua.
19.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaituuntuk menyediakan
Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO)

19.4 Segala inbois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok dan serah dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta mertadalam buku stok dengan tepat dan kemas.

20. KEGIATAN KOKURIKULUM

20.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas inihendaklah dijalankan dengan mengikut jadual yang ditetapkan.

20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis namapada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat.

21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

21.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang danbertali leher. Blazer
adalah digalakkan.
21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, dan lain-lain.

22. MESYUARAT GURU

22.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa kesemasa. Kedatangan
guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.

22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semuaGuru Penolong
Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.

22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktubekerja. Kemeja T,
seluar trek, selipar tidak dibenarkan.

23. ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN.

23.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.

23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuanketidakhadiran
kepada pengetua. Satu salinan akan disimpandalam fail peribadi guru berkenaan.

24. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT

24.1 Guru dan staf AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasamengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalamorganisasi dan mengelakkan ketegangan hubungan.
24.1 Guru dan staf AKP tidak dibenarkan mempengaruhi ataumemaksa pandangan /
fahaman / pendapat / kepercayaan sesamarakan atau pun pelajar sekolah ini.
24.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidakdibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.

25. KEAHLIAN KELAB GURU / PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)

25.1 Semua guru dan kakitangan sokongan secata automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru & Staf (BKGS)
25.2 Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG.

26. ARAHAN DAN PEKELILING

26.1 Setiap arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepasmembacanya.
26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas pekeliling Peribadi.

27. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkanmesti mendapat kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan dengan segera dalam keadaan baik.
27.2 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

28. TELEFON/FAKS

28.1 Penggunan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.Guru atau staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.

29. KUNCI

Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.